Like This ??

Wednesday, May 15, 2013

Taip 'Atari Breakout' Di Google Image Search Untuk Kembali Ke Masa Lalu

Assalamualaikum readerz.

Google sedang meraikan ulangtahun ke-37 untuk game klasik Atari, Breakout, iaitu dengan memberikan kejutan kepada anda apabila anda menaip 'Atari Breakout' dan tekan butang Enter pada kotak search Google Images. Kejutan yang dimaksudkan adalah apabila anda search perkataan tersebut, secara automatiknya semua gambar-gambar hasil search itu akan bertukar menjadi blok-blok untuk dipecahkan menggunakan sebiji bola dan papan penghadang.


Cara bermain dan fungsi
Cara untuk main permainan ini adalah sangat mudah. Cuma perlu gunakan tetikus(mouse) atau butang arah pada papan kekunci(keyboard) untuk menggerakkan papan penghadang. Anda cuma perlu kekalkan bola tersebut melantun dan pecahkan semua blok. Peluang yang diberikan adalah 5 kali sahaja dan markah anda boleh di 'share' kepada rakan-rakan. Fungsi lain adalah kawalan Play, Pause dan Sound Effect. Kalau anda pernah main game ni masa dulu-dulu, maka game ni bukanlah susah sangat pun.

Sejarah ringkas
Game arcade, Breakout ini telah dibangunkan dan dilancarkan oleh Atari pada April 1976. Breakout adalah hasil rekaan Nolan Bushnell dan Steve Bristow. Ianya adalah berdasarkan game arcade Atari tahun 1972, Pong.

Inilah yang aku maksudkan dengan 'kembali ke masa lalu' macam dalam tajuk entri ni. Game ni akan membawa anda ke masa lalu iaitu zaman kegemilangan game arcade dan mungkin juga zaman kanak-kanak anda.

Di bawah adalah video demo. (Spoiler Alert!)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq