Like This ??

Saturday, May 18, 2013

Kesan Hentaman Meteoroid Terbesar Di Bulan

Assalamualaikum readerz.

Satu teleskop automatik pemantau bulan telah menangkap imej-imej batu seberat 40 kg terhempas ke dalam permukaan lunar, mewujudkan satu kilat cahaya yang terang, kata ahli-ahli sains NASA.

Letupan pada Jumaat, 17 MAC adalah yang terbesar pernah dilihat sejak NASA mula memerhati bulan untuk kesan meteoroid kira-kira lapan tahun lalu. Setakat ini, lebih 300 letupan telah direkodkan.

"Ia meletup hampir 10 kali lebih cerah berbanding apa-apa yang kita pernah lihat sebelum ini," Bill Cooke, dengan Pejabat Persekitaran Meteoroid NASA di Marshall Space Flight Centre di Huntsville, Alabama, berkata dalam satu kenyataan.

Sebuah satelit NASA yang mengorbit bulan kini memburu kawah yang baru terbentuk itu, yang saintis menganggarkan seluas 20 meter.

Kilat itu begitu terang sehingga sesiapa yang melihat bulan pada masa itu dapat melihatnya tanpa teleskop, kata NASA.

Setelah meninjau rakaman digital yang dibuat oleh salah satu teleskop program ini, ahli-ahli sains telah mengenalpasti ukuran batu meteor itu adalah kira-kira 0.3 meter dalam diameter, dan perjalanan kira-kira 90 123 kilometer sejam apabila ia menghentam ke bulan dan meletup dengan kuasa lima tan TNT.


Beratus-ratus kesan meteoroid di bulan yang dikesan oleh program pemantauan lunar NASA, telah digambarkan di dalam foto tidak bertarikh ini oleh NASA. Cahaya yang paling terang, dikesan pada 17 Mac, 2013, di Mare Imbrium, ditandakan dengan petak merah pada gambar di atas.

Sumber: NASA / Reuters

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq