Like This ??

Wednesday, May 22, 2013

5 Perkara Utama Tentang Xbox One

Assalamualaikum readerz.

Baru-baru ini pihak Microsoft telah mendedahkan generasi baharu untuk konsol permainan video mereka, iaitu Xbox One. Tetapi, masih ramai tertanya-tanya tentang konsol baharu ini. Berikut adalah 5 perkara penting yang perlu diketahui jika anda berminat untuk memiliki Xbox One.

1) Apakah itu Xbox One?

Ia adalah konsol permainan terbaharu daripada Microsoft, yang diumumkan dalam satu majlis dianjurkan bersama di Seattle dan London minggu ini. Ia adalah yang konsol Xbox baharu yang pertama akan dilancarkan oleh Microsoft sejak Xbox 360 yang dilancarkan pada tahun 2005.


2) Apakah yang membuatkan Xbox One begitu istimewa?

Permainan video adalah pembeza penting bagi Microsoft dengan pesaingnya Google dan Apple. Dalam dunia permainan video, Microsoft bersaing dengan Sony Playstation dan Nintendo Wii tetapi ia telah cuba untuk memperluaskan kebolehan Xbox untuk tidak hanya tertumpu kepada permainan video tetapi juga mencipta satu ruang tamu - ianya adalah satu saiz untuk semua, terdapat peranti web yang akan menyambung dan merekod dari TV secara langsung, menonton filem dan rancangan TV, bermain dengan cakera Blu-ray HD dan juga boleh membuat panggilan Skype.

3) Masih bolehkah anda bermain permainan video menggunakannya?
Call of Duty: Ghosts akan dilancarkan untuk Xbox One
Sudah tentu pemain akan rasa sedikit kecewa dengan Xbox One, yang seolah-olah begitu memberi tumpuan kepada menjadi hab untuk ruang tamu yang mengandungi inovasi yang lebih jelas dalam permainan itu sendiri. Walaupun begitu, tidak syak lagi Microsoft bakal melancarkan permainan video baharu untuk E3 bulan berikutnya. Tambahan pula, permainan video dari Xbox 360 tidak serasi dengan Xbox One, jadi pemain perlu restock - dan re-pay - game library mereka, namun Gamerscore mereka boleh dipindahkan. Microsoft berkata ini adalah kerana Xbox One direka untuk permainan video generasi akan datang - permainan yang menggunakan facial-recognition dari Kinect dan ciri-ciri sensor kadar jantung, sebagai contoh.

4) Adakah Xbox One perlu disambungkan ke internet?

Perkhidmatan Xbox One berasaskan internet bermakna bahawa konsol perlu untuk disambungkan ke internet sekurang-kurangnya sekali sehari, tetapi tidak perlu disambung selama-lamanya. Microsoft berkata filem-filem Blu-ray dan rancangan TV masih boleh ditonton jika sambungan terganggu, namun sebaliknya untuk Skype. Permainan video dan media disimpan di dalam cloud storage, jadi anda perlu untuk menyambung ke internet untuk mengaksesnya. Tambahan pula, Microsoft mahu pengguna dapat menyelaraskan permainan video antara peranti yang berlainan serta berkongsi aktiviti secara real-time di dengan rakan-rakan, yang hanya akan berfungsi jika produk-produk berada dalam talian.

5) Bilakah anda boleh membelinya?

Harga masih belum diumumkan, tetapi ia dijangka sehingga £ 399 atau $ 600. Ia akan dilancarkan sebelum akhir tahun ini. Disebabkan Nintendo Wii U sudah di pasaran, maka yang  tinggal adalah Sony PlayStation 4 yang akan datang untuk menyertai parti itu dan juga mungkin berlaku pada akhir tahun ini - meletakkan Microsoft dan Sony bersaing untuk meraih untung di pasaran Krismas.

Spesifikasi
  • CPU 8 teras
  • 8 GB sistem memori
  • 500GB HDD
  • Pemacu Blu-ray
  • 802.11n tanpa wayar dengan WiFi Direct
  • HDMI In/Out
  • USB 3.0
  • D-pad controller yang diperbaharui
  • Kinect sebagai standard 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq