Like This ??

Friday, May 31, 2013

Microsoft Akan Mewujudkan Butang 'Start' Untuk Windows 8.1

Assalamualaikum readerz.

Windows 8 direka untuk digunakan pada kedua-dua tablet skrin sentuh dan PC tradisional. Tetapi tatkala pengguna skrin sentuh yang lebih menyukai rekaan baharu interface berasaskan "jubin(tiles)" ini, masih ramai juga pengguna tetikus dan papan kekunci yang mengadu bahawa reka bentuk baharu ini adalah agak mengelirukan.

Mengesahkan spekulasi, pihak Microsoft berkata Windows 8.1 update akan mempunyai butang di sudut bawah kiri skrin yang bertindak seperti butang "Start" dalam versi Windows terdahulu. Walaupun ia tidak akan dilabelkan "Start", ia mempunyai logo Windows dan membawa pengguna terus ke grid aplikasi.

Sunday, May 26, 2013

Shingeki No Kyojin(Attack On Titan): Anime Hebat 2013

Assalamualaikum readerz.

Shingeki No Kyojin(Attack On Titan) adalah antara anime terhangat tahun 2013. Siri ini dikarang oleh Hajime Isayama, diarahkan oleh Tetsuro Araki dan diterbitkan oleh Wit Studio. Mula disiarkan pada 6 April 2013 dan kini masih berterusan. Anime ini dijangka mempunyai 25 episod. Adaptasinya dalam versi filem realiti pula sedang dalam pembikinan.

Let The Pic Talk #04


Thursday, May 23, 2013

Lamborghini Egoista Concept: Konsep Kereta Futuristik

Assalamualaikum readerz.

Konsep Lamborghini Egoista, telah diumumkan pada awal bulan ini semasa sambutan ulang tahun ke-50 syarikat itu di Bologna, Itali. Ia tidak dirancang untuk pengeluaran, tetapi ia mempunyai tujuan: untuk membuktikan kepada para pengkritik yang menganggap pembuat telah kehilangan sedikit keyakinan dalam reka bentuk.

Wednesday, May 22, 2013

5 Perkara Utama Tentang Xbox One

Assalamualaikum readerz.

Baru-baru ini pihak Microsoft telah mendedahkan generasi baharu untuk konsol permainan video mereka, iaitu Xbox One. Tetapi, masih ramai tertanya-tanya tentang konsol baharu ini. Berikut adalah 5 perkara penting yang perlu diketahui jika anda berminat untuk memiliki Xbox One.

1) Apakah itu Xbox One?

Ia adalah konsol permainan terbaharu daripada Microsoft, yang diumumkan dalam satu majlis dianjurkan bersama di Seattle dan London minggu ini. Ia adalah yang konsol Xbox baharu yang pertama akan dilancarkan oleh Microsoft sejak Xbox 360 yang dilancarkan pada tahun 2005.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq