Like This ??

Sunday, May 26, 2013

Shingeki No Kyojin(Attack On Titan): Anime Hebat 2013

Assalamualaikum readerz.

Shingeki No Kyojin(Attack On Titan) adalah antara anime terhangat tahun 2013. Siri ini dikarang oleh Hajime Isayama, diarahkan oleh Tetsuro Araki dan diterbitkan oleh Wit Studio. Mula disiarkan pada 6 April 2013 dan kini masih berterusan. Anime ini dijangka mempunyai 25 episod. Adaptasinya dalam versi filem realiti pula sedang dalam pembikinan.

Sinopsis
Beberapa ratus tahun yang lalu, manusia telah hampir dihapuskan oleh gergasi. Gergasi-gergasi ini biasanya adalah amat tinggi, seolah-olah tidak mempunyai kecerdasan akal, memakan manusia dan yang paling teruk sekali, seolah-olah melakukannya untuk suka-suka dan bukannya sebagai sumber makanan. Satu peratusan kecil manusia terselamat dengan mengurung diri mereka dalam sebuah bandar yang dilindungi oleh tembok yang sangat tinggi, malah lebih tinggi daripada gergasi yang terbesar. Berbalik ke masa kini, bandar tersebut telah tidak diserang gergasi lebih 100 tahun. Eren, seorang remaja lelaki dan adik angkatnya, Mikasa telah menyaksikan sesuatu yang ngeri iaitu tembok kota dimusnahkan oleh gergasi yang amat besar muncul secara tiba-tiba. Semasa gergasi yang lebih kecil membanjiri bandar, dua beradik itu menyaksikan kejadian yang lebih ngeri apabila ibu mereka dimakan hidup-hidup. Eren berikrar bahawa dia akan membunuh setiap gergasi dan membalas dendam untuk semua manusia.

Anime ini telah dicalonkan untuk 4th Manga Taisho Awards(2011) dan memenangi Kodansha Manga Award untuk kategori Shōnen (2011). Dalam bahasa Inggeris, tajuk siri ini diterjemahkan kepada 'Attack On Titan'.

Watak-watak Utama
1) Eren Jaeger
Eren Jaeger ialah protagonis lelaki siri ini. Remaja ini adalah dari daerah Shiganshina, sebuah bandar dalam dinding yang paling luar, Maria. Rakan-rakan terdekat Eren iaitu Mikasa dan Armin kedua-duanya menyertai Scouting Legion dengannya selepas bandar mereka dihapuskan oleh gergasi. Eren memiliki dendam peribadi terhadap semua gergasi dan matlamat beliau adalah untuk menghapuskan mereka dari muka bumi.

2) Mikasa Ackerman
Mikasa Ackerman adalah protagonis perempuan siri ini dan adik angkat kepada Eren. Selepas menamatkan pengajian sebagai kumpulan teratas, dia kemudian menyertai Scouting Legion bersama dengan Eren dan Armin.

3) Armin Arlelt
Armin Arlert adalah rakan zaman kanak-kanak Eren yang juga adalah deuteragonist dalam siri ini. Walaupun secara fizikal dia lebih lemah berbanding keseluruhan anggota tentera yang lain, dia telah membuktikan kemahiran beliau melalui keupayaan semula jadinya iaitu kebijaksanaan membentuk strategi dan juga kecerdasan minda yang tinggi.

Gergasi yang memusnahkan tembok besar dalam episod pertama.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq