Like This ??

Friday, May 31, 2013

Microsoft Akan Mewujudkan Butang 'Start' Untuk Windows 8.1

Assalamualaikum readerz.

Windows 8 direka untuk digunakan pada kedua-dua tablet skrin sentuh dan PC tradisional. Tetapi tatkala pengguna skrin sentuh yang lebih menyukai rekaan baharu interface berasaskan "jubin(tiles)" ini, masih ramai juga pengguna tetikus dan papan kekunci yang mengadu bahawa reka bentuk baharu ini adalah agak mengelirukan.

Mengesahkan spekulasi, pihak Microsoft berkata Windows 8.1 update akan mempunyai butang di sudut bawah kiri skrin yang bertindak seperti butang "Start" dalam versi Windows terdahulu. Walaupun ia tidak akan dilabelkan "Start", ia mempunyai logo Windows dan membawa pengguna terus ke grid aplikasi.

UPDATE SECARA PERCUMA

Windows 8.1, sebelum ini dikenali dengan nama kod "Blue", akan disediakan secara percuma kepada semua pengguna Windows 8 tahun ini. Microsoft akan membuat versi ujian yang boleh didapati di persidangan pemaju tahunan pada 26 Jun.

Windows 8.1 juga mengandungi fungsi "search" yang jauh lebih baik, membolehkan pengguna untuk mencari dokumen, aplikasi, atau barang-barang di Internet dari search bar.

Ia juga membolehkan pengguna untuk melihat semua aplikasi mereka serta-merta dalam grid dengan cara "swiping" ke bawah atau menekan butang pada skrin, yang sepatutnya membuatkan ia mudah untuk pengguna biasa mendapatkan aplikasi yang mereka mahu dengan cepat.

Pengguna juga boleh mengubahsuaikan skrin permulaan dengan lebih mudah, menukar saiz "tiles" bagi ikon app atau mengawal aplikasi yang muncul. Untuk pertama kalinya, pengguna dapat membuka dua tetingkap serentak melalui interface berwajah baharu ini.

Windows 8.1 turut mengandungi pelayar web Microsoft terbaharu, Internet Explorer 11, dan membolehkan pengguna mengembalikan address bar dan tab untuk melihat skrin.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq