Like This ??

Tuesday, August 02, 2011

Lambang Israel Pada Duit Syiling Baru Malaysia???

Assalamualaikum readersz...
Korang dah baca tajuk entri ni? Msti korang rasa nk tau kan?
Sbb tu la aku nk bgtau ni. Dalam entri yg lepas (Duit Syiling Malaysia Siri ke-3, 2012) dah diterangkn secara ringkas tentang duit syiling baru ni. Kemudian aku ada terbaca bbrapa blog mempersoalkn rekaan pada syiling 10sen yg baru tu yg dikatakn menyerupai lambang Israel. Apa pun aku dah sediakn gmbar kat bwh supaya korang bleh tgk dgn teliti pd corak syiling 10sen tu dgn lambang bndera Israel.
Disengajakn atau hanya kebetulan?
Klau mengikut pendapat aku...ini cuma kebetulan je. Lgpun ada penerangan bahawa corak pada syiling trsebut adlah bdasarkn motif orang asli. Lihat pd penerangan di bwh tntang motif2 yg trdpt pd keempat2 syiling trsbut :-





Sulur Kacang

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

Ciri Keselamatan

Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.

Bunga Melur

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

**Motif Orang Asli
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia. 
Destar Siga
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

Orait penerangan aku dah bg kat korang...klau nk tau lbih lanjut tntang duit syiling baru ni korang bleh klik pd salah satu link sumber rujukan aku kat bwh ni :- 
Utk video pelancarannya plak klik kat link bwh ni :- 

Orait, apa pendapat korang? Smua ni dirancang oleh sesetgh pihak atau hanya kebetulan saje? hmm...
Okeh...itu saje utk kali ni...thankz 4 reading :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq