Assalamualaikum readerz.
Terlebih dahulu saya nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru/Pendidik kepada semua guru-guru di Malaysia terutama guru-guru yang telah mendidik saya sepanjang tempoh saya sebagai seorang pelajar sehinggalah ke hari ini. Jasa kalian akan saya kenang sampai bila-bila. Terima kasih cikgu!
Baiklah sempena Hari Guru ni aku buat entri special untuk mengingati zaman persekolahan aku dulu. Korang semua pernah kena bebel atau dengar kawan-kawan lain kena bebel dengan cikgu tak? Aha..hari ni aku nak senaraikan top 10 dialog yang cikgu-cikgu suka sebut dalam kelas setakat yang aku ingat. Kalau korang ada ayat-ayat lain yang nak dikongsi, bolehlah kongsikan di ruang komen.
TOP 10 Dialog Cikgu Dalam Kelas
- Ya, ya..dah habis bercakap? Kalau dah habis bagitahu cikgu ya. (nada perli)
- Kalau dah rasa tak nak belajar, lain kali tak payah masuk kelas! Keluar!
- Ya,awak la, saya tanya awak, tak payah nak pandang-pandang belakang dah!
- Kenapa awak gelak? Mari sini cerita kat depan. Boleh kitorang gelak sama-sama. Marilah!
- Kamu semua ni datang sekolah nak belajar ke, atau nak habiskan duit mak bapak kamu?!
- Diam! Bising la korang ni! Macam pasar borong jual ikan!
- Kalau korang berdua nak bercakap sangat pergi luar kelas pastu bercakap la puas-puas! Jangan kacau orang lain nak belajar!
- Awak yang tidur tu! Tolong tulis kat depan jawapan untuk soalan ni.
- Pandang depan bila saya bercakap! (kadang kala disertai dengan balingan sebatang kapur/pen marker..aduss)
- Kerja yang saya bagi semalam dah siap? (lalu suasana menakutkan menyelubungi kelas..gulpp)
haha..aq rsa mcm knal je ciri2 cikgu di ats tu
ReplyDeleteHaha..agak2 sape ye..
Delete