Like This ??

Friday, May 10, 2013

Dakwah Jumaat: Senyum

Assalamualaikum readerz.

Pada hari Jumaat yang indah ini aku rasa terpanggil untuk mengajak para readerz sekalian untuk senyum tidak kira lah yang beragama Islam atau bukan Islam. Bukankah senyum itu sesuatu yang elok dan indah. Aku tahu, keadaan negara kita sekarang ini penuh dengan sifat rasis antara kaum dan saling benci-membenci. Kita sebagai masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa mesti hentikan semua ini. Sepatutnya kita eratkan lagi hubungan sesama kaum. Kita sama-sama majukan tanah air tercinta ini dan baik buruk kita tempuhinya bersama.
 

Ada macam-macam cara untuk kita eratkan hubungan, tapi aku cuma nak tekankan satu cara yang paling mudah dah ringkas iaitu melalui senyuman. Senyuman merupakan satu sunnah dan ianya berlimpah dengan manfaat. Bahkan dalam Islam, senyum itu ibarat sedekah.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Senyummu kepada saudaramu merupakan sedekah, engkau berbuat ma'ruf dan melarang dari kemungkaran juga sedekah, engkau menunjukkan jalan kepada orang yang tersesat juga sedekah, engkau menuntun orang yang berpenglihatan kabur juga sedekah, menyingkirkan batu, duri dan tulang dari jalan merupakan sedekah, dan engkau menuangkan air dari embermu ke ember saudaramu juga sedekah“. (Hadis Riwayat. Tirmidzi)

Oleh itu, senyumlah kerana tatkala kita senyum, api kemarahan yang membara juga boleh dipadam dan ditenangkan. Salam dan senyuman ukhuwah dari saya untuk readerz2 sekalian.


Pehh. Kereta pun boleh senyum tuu. Dahsyat2~
Pokcik ni pun boleh senyum. Giginya tak lawa tapi senyumannya lawa tau.Hahaha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq