Like This ??

Friday, May 10, 2013

David Moyes Bakal Ke Old Trafford


Assalamualaikum readerz!

LONDON: Manchester United dijangka melakukan proses peralihan yang selesa selepas Alex Ferguson meninggalkan kelab terkemuka itu penghujung musim ini dengan bakal penggantinya yang disebut-sebut iaitu David Moyes.

Pengurus Everton itu tidak pernah mendakap trofi utama sepanjang kerjayanya sebagai jurulatih, namun sudah lama memikat Ferguson yang juga rakan senegaranya dari Scotland itu. 
Sebaik berita bahawa Ferguson akan bersara, nama Moyes pantas disebut-sebut untuk mengambil alih tugas di Old Trafford yang cukup berprestif sebagai antara kelab terhebat di dunia itu. 


Moyes dilaporkan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Everton, Bill Kenwright, semalam mengenai masa depannya di Everton.

“Kontrak David akan diketahui dalam masa enam minggu lagi dan dia mempunyai hak untuk membuat keputusan untuk dirinya," kata Kenwright kepada stesen Sky Sports.

“Dia berkhidmat untuk kelab ini dengan cukup baik," katanya.

Malah pengurus berusia 50 tahun itu juga menunjukkan kesetiaannya apabila bersama Everton selama 11 tahun - sekali gus antara kriteria yang dikehendaki United - bagi meneruskan kestabilan di dalam kelab dan membendung perubahan radikal sepanjang era Ferguson. 
Malah, Ketua Eksekutif United, David Gill pernah menegaskan bahawa kelab itu perlu memastikan kemajuan pemain bakat baru oleh pengganti Ferguson kerana ia menjadi rahsia kejayaannya menggondol 20 trofi dalam Liga Inggeris.

Ferguson pernah memberi sanjungan kepada Moyes yang dipilih pengurus terbaik selama tiga tahun dan memberi isyarat ia memiliki ciri penggantinya.

Moyes melakukan lojakan dalam karier pengurusan bola sepak bermula di kelab Preston North End pada 1998 dan bekas pemain Celtic itu berpindah ke Everton pada 2002. - AP

Sumber: http://www.bharian.com.my/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq