Like This ??

Thursday, January 19, 2012

Wikipedia Tutup Laman Web 24 Jam Sebagai Bantahan SOPA dan PIPA

Assalamualaikum readerz,
Wikipedia yang merupakan ensiklopedia atas talian terkemuka dunia ini memprotes tindakan pihak kongres di Amerika Syarikat dalam menggubal akta terbaru yang dikenali sebagai Stop Online Piracy Act (SOPA) dan Protect IP Act (PIPA).

Laman web tersebut memaparkan imej seperti di atas apabila pengguna atau pelawat membuka laman web tersebut dalam versi English. Stop Online Piracy Act (SOPA) adalah undang-undang yang dikenalkan pada Oktober 2011 yang membuatkan pihak kerajaan US mempunyai kuasa lebih besar dalam memerangi cetak rompak dalam internet dan menyaman pemilik website tersebut.

Banyak syarikat besar seperti Google, Yahoo!, YouTube, Facebook, Twitter, AOL, LinkedIn, eBay, Mozilla Corporation tidak menyokong akta tersebut dimana kemungkinan banyak ilmu pengetahuan terpaksa dibuang daripada internet akibat masalah copyright.



P/S: Kalau korang nak buka wikipedia tapi tak nak bagi imej di atas keluar, ada caranya. Mudah saja...korang buka wikipedia...kemudian korang cepat2 tekan butang ESC pada keyboard korang supaya page loading akan terhenti dan imej di atas takkan sempat muncul. Selamat mencuba.


Sumber: http://www.budakbotak.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq