Like This ??

Thursday, February 09, 2012

10 Anime Mesti Tonton 2012 !

Assalamualaikum readerz,
Yosh! Nak tahu anime apa yang korang tak patut miss pada tahun 2012?
Jom kita preview sikit anime2 yang berpotensi untuk popular dan gempak.


1. The New Prince of Tennis
Studio animasi : M.S.C & Production I.G
Tarikh tayangan(JP) : 4 Januari 2012
Jumlah episod : Belum diumumkan
Sinopsis : Kehebatan protege2 tenis dalam siri 'The Prince of Tennis' sebelum ni ketika berlangsungnya National Middle School Tennis Championship memang tidak dapat disangkal. Namun, hakikatnya kekuatan diorang bagaikan semut je kalau nak dibandingkan dengan pemain tenis bertahap dewa bakal ditemui apabila mengikuti kem latihan U-17 untuk membentuk pasukan All Star!

2. Brave 10
Studio animasi : Studio Sakimakura
Tarikh tayangan(JP) : 8 Januari 2012
Jumlah episod : 12
Sinopsis : Setahun sebelum meletusnya Perang Sekigahara(21 Okt 1600) yang bakal menamatkan Era Sengoku(1467-1573), Kirigakure Saizou menyelamatkan biarawati Nami Isa yang diburu pembunuh upahan. Tokongnya telah dimusnahkan oleh Tokugawa Ieyasu gara2 menyebelahi Sanada Yukimura. Kini, kuasa misteri Nami mula bangkit tatkala pahlawan terbilang dikumpulkan satu persatu bawah pimpinan Sanada.

3. Area No Kishi
Studio animasi : Shin-Ei Animation
Tarikh tayangan(JP) : 7 Januari 2012
Jumlah episod : Belum diumumkan
Sinopsis : Kakeru Aizawa adalah adik kepada Suguru Aizawa iaitu kapten pasukan bola sepak Kamakura & pemain kebangsaan Jepun bawah 15 tahun. Walaupun diorang adik-beradik, Kakeru Aizawa langsung tak berbakat macam abangnya hingga digelar Mr.No Goal sebab kaki bangku. Walaubagaimanapun, semuanya berubah selepas dia terlibat dalam kemalangan tragik yang turut mengorbankan abangnya.

4. Kingdom
Studio animasi : Studio Pierrot
Tarikh tayangan(JP) : 2012
Jumlah episod : Belum diumumkan
Sinopsis : Shin & Hyou berhasrat mahu buktikan kemampuan diri dalam medan perang tatkala Warring States Period(475-221 SM) di China. Harapan kedua2 anak yatim ni tampak kabur apabila Hyou dibawa ke istana oleh seorang menteri. Kemudian muncul pula Ei Sei yang saling tak tumpah macam Hyou. Namun, Shin langsung tak menduga rakan baru dikenalinya itu bakal menyatukan China kelak.

5. Zetman
Studio animasi : TMS Entertainment
Tarikh tayangan(JP) : April 2012
Jumlah episod : Belum diumukan
Sinopsis : Mengisahkan perseteruan antara Zet(Jin Kizaki) & Alphasz(Kouga Amagi) akibat perbezaan ideologi. Hakikatnya matlamat diorang sama kerana cuba untuk melindungi manusia daripada kekejaman makhluk dikenali sebagai Players. Lebih ironi, makhluk terbabit adalah ciptaan Amagi Corporation diterajui oleh datuk Kouga Amagi sendiri iaitu Mitsugai Amagi.

6. Another
Studio animasi : P.A.Works
Tarikh tayangan(JP) : 9 Januari 2012
Jumlah episod : 12
Sinopsis : 26 tahun lalu, seorang pelajar cemerlang mati secara tiba2. Namun kematiannya sukar diterima rakan sekelas. Diorang anggap Misaki masih hidup hingga tamat persekolahan. 26 tahun kemudian iaitu pada tahun 1998, Kouichi Sakakibara jejakkan kaki ke kelas mendiang. Di situ dia bertemu Misaki Mei yang bertutup sebelah mata serta dikelilingi aura menakutkan. Adakah semua ini kebetulan semata2?

7. Recorder & Randsell
Studio animasi : Seven
Tarikh tayangan(JP) : 5 Januari 2012
Jumlah episod : 13
Sinopsis : Walaupun Atsushi Miyagawa berketinggian 180 cm macam orang dewasa, sebenarnya dia baru berumur 11 tahun. Manakala gadis setinggi 137 cm sebelahnya pula kakanya, Atsumi Miyagawa berusia 17 tahun. Walaupun fizikalnya seperti kanak2, dia tetap jalankan tugas sebagai kakak yang bertanggungjawab terhadap adiknya.

8. Inuboku Secret Service
Studio animasi : David Production
Tarikh tayangan(JP) : 12 Januari 2012
Jumlah episod : 12
Sinopsis : Ririchou Shirakiin nak sangat hidup berdikari. Akhirnya impiann Ririchou terlaksana dengan syarat dia perlu menetap di mahligai unik Ayakashi Kan. Hanya individu yang berjaya melepasi ujian ketat diizinkan mendiami tempat itu. Setiap penghuni pula ditemani seorang ejen Secret Service. Mungkin dah takdir Ririchou. Ejennya, Soushi Miketsukami sebenarnya Fox Spirit yang pernah diselmatkan Ririchou suatu masa dulu.

9. Mouretsu Pirates
Studio animasi : Satelight
Tarikh tayangan(JP) : 8 Januari 2012
Jumlah episod : 13
Sinopsis : Marika Katou langsung tak peduli hal sekeliling. Menetap di ceruk galaksi bergelar Uminoakeboshi, pelajar tahun pertama sekolah tinggi ni asyik menyibukkan diri dengan kelab perahu layar angkasa & kerja sambilan di kafe retro bertaraf tinggi. Tapi sanggupkah dia melepaskan segalanya apabila ditawarkan mewarisi jawatan mendiang bapanya selaku kapten kapal lanun angkasa Bentenmaru?

10. Natsume Yuujinchou Shi
Studio animasi : Brain's Base
Tarikh tayangan(JP) : 2 Januari 2012
Jumlah episod : 13
Sinopsis : Nampaknya pencarian Takashi Natsume & Nyako-sensei masih belum menemui konklusi. Banyak lagi nama youkai perlu dipulangkan. Takashi juga perlu mengenali mendiang neneknya dengan lebih dekat. Mungkinkah musim ke-4 ni penghujung perjalanan mereka? Saksikannya sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq