Like This ??

Wednesday, May 08, 2013

Sir Alex Ferguson Umumkan Persaraan

Assalamualaikum readerz.

Sir Alex Ferguson mengumumkan beliau akan bersara sebagai pengurus Manchester United pada akhir musim ini selepas 27 tahun di Old Trafford.

Ferguson, pengurus yang paling menyerlah dalam sejarah bola sepak England, akan bersara selepas perlawanan West Bromwich Albion pada 19 Mei ini.


Dalam satu kenyataan di laman web rasmi kelab itu, Ferguson berkata,"keputusan untuk bersara adalah satu-satu keputusan yang tepat, dan saya cukup serius kali ini."

"Lagipun penting untuk saya meninggalkan kelab ini dalam keadaan yang terbaik dan saya rasa inilah masanya.

"Kualiti pasukan yang telah merangkul kejuaraan Liga, dan campuran pemain yang terbaik, bermakna kelab ini akan meneruskan prestasi cemerlang di tahap yang tertinggi. Saya yakin pemain muda di kelab ini akan memastikan kejayaan MU dalam jangka masa yang panjang," katanya.

Selepas bersara, Ferguson akan bertugas sebagai Pengarah dan Duta Manchester United.

"Saya akan mengambil alih peranan sebagai pengarah dan duta kelab ini. Saya teruja untuk mula cabaran baru saya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya yang telah memberi sokongan padu. Isteri saya, Cathy, telah mendorong kejayaan saya dalam kerjaya yang terpilih," ujarnya yang turut berterima kasih kepada peminat yang banyak menyokong beliau selama ini.

"Untuk peminat, terima kasih. Sokongan yang anda berikan selama ini sangat berharga. Ia merupakan satu penghormatan dan keistimewaan yang besar bagi saya untuk memimpin kelab anda dan saya telah dihargai semasa menjadi pengurus MU,” jelas beliau.

Jurulatih dari Scotland ini telah memenangi 38 trofi sejak mengambil alih daripada Ron Atkinson pada 6 November 1986.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq