Like This ??

Tuesday, May 07, 2013

Pendidikan Percuma Untuk Pelajar Malaysia di Jepun

Assalamualaikum readerz.
Terlebih dahulu saya sebagai rakyat Malaysia, mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak kerana telah kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Diharap beliau dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanatkan kepadanya oleh rakyat Malaysia.

Berbalik kepada topik entry pada kali ini,
Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe hari ini telah mengetuai kabinet Jepun bagi meluluskan biasiswa percuma kepada setiap pelajar dari Malaysia untuk belajar di Jepun.

Bercakap kepada ajensi berita fakap EP di tokyo hari ini, Shinzo Abe berkata, pendidikan atau biasiswa percuma ini di berikan kepada rakyat malaysia kerana negara Jepun adalah negara yang berkebajikan. jepun kelihatan sangat mengasihani rakyat Malaysia yang tertindas dan yang kena tindas.

Tinjauan Dr @Tiewnama di Tokyo hari ini mendapati pelajar pelajar malaysia yang belajar di sana kelihatan sangat gembira, dan mereka juga telah berikrar untuk berbakti kepada kerajaan jepun atas inisiatif membalas jasa jasa baik kerajaan Jepun.

Ketika di tanya kepada salah seorang pelajar Malaysia yang belajar di Jepun mengenai biasiswa percuma dari kerajaan jepun ini, mereka berkata,

"Sedangkan kerajaan jepun pun sanggup memberikan pendidikan percuma kepada kami, tetapi kerajaan malaysia di bawah Barisan Nasional mengatakan negara akan bangkrap dan rakyat akan malas jika semuanya di berikan percuma,"

"Maka kami akan pulang ke Malaysia jika PRU 13 di adakan supaya pendidikan percuma dapat di adakan di tanah air kami."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq