Like This ??

Sunday, May 05, 2013

Selamat Hari Raya! Eh! PilihanRaya!

Assalamualaikum readerz,

Hari yang dinantikan telah tiba.
Ya, ini lah hari pilihanraya ataupun hari untuk mengundi.
Seluruh warganegara Malaysia yang layak mengundi akan keluar mengundi pada hari ini bagi menentukan kerajaan yang baru.
Malangnya D-Zul tak boleh mengundi lagi, umur tak cukup setahun.


PRU13 akan jadi satu sejarah kebangkitan terbesar dalam politik Malaysia setakat ini.
Walaupun aku tak dapat mengundi tapi aku dapat merasakan semangatnya.
Sedangkan sebelum ni aku tak peduli pun pasal politik.
Ini adalah salah satu pengalaman menarik dalam hidup aku.
Aku bangga kerana aku menyertainya walau cuma berjuang melalui FB.
Sekurang-kurangnya aku dapat ceritakan kepada anak cucuku apa yang berlaku pada ketika ini.
Orang yang tidak ambil tahu tentang politik ketika ini yang patut rasa rugi.
Kerana mereka terlepas suatu fenomena yang penting dalam lipatan sejarah Malaysia.

Undi adalah hak anda..
Tema Google Malaysia hari ini..
Jadi, kepada mereka yang boleh mengundi.
Undilah dengan bijak, untuk kami generasi muda.
Semoga pihak yang benar akan memenangi pilihanraya pada kali ini.
In Shaa Allah.

P/S: Check elok2 kertas undi anda takut terjadi undi rosak.
P/S-2: Pastikan tiada warga asing masuk mengundi, mereka tiada hak untuk menentukan kerajaan negara kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq