Assalamualaikum readerz.
Google sedang meraikan ulangtahun ke-37 untuk game klasik Atari, Breakout, iaitu dengan memberikan kejutan kepada anda apabila anda menaip 'Atari Breakout' dan tekan butang Enter pada kotak search Google Images. Kejutan yang dimaksudkan adalah apabila anda search perkataan tersebut, secara automatiknya semua gambar-gambar hasil search itu akan bertukar menjadi blok-blok untuk dipecahkan menggunakan sebiji bola dan papan penghadang.










