Dua hari sebelum berlangsungnya konsert Asia Super Showcase In Malaysia 2013 yang menampilkan kumpulan K-Pop sensasi, Shinhwa, Girls' Generation dan AOA, penganjur mengumumkan bahawa ia terpaksa ditunda atas alasan 'situasi negara' baru-baru ini.
Dalam satu e-mel yang diterima baru-baru ini, pihak penganjur iaitu Marctensia Concerts dengan kerjasama Universal Music Malaysia memohon maaf dan memberitahu, keputusan tersebut dibuat demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang ramai terutamanya para peminat.

