Like This ??

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Monday, May 20, 2013

Justin Bieber Kena 'Boo' Di Billboard Music Awards

Assalamualaikum readerz.

Tidak semua orang muncul untuk menjadi "Belieber" pada malam Ahad lalu.

Pada malam itu, Justin Bieber mendengar korus 'boo' semasa peminat mengundi untuk Milestone Award di Billboard Music Awards di Las Vegas.

Sunday, May 19, 2013

Gitar John Lennon Dan George Harrison Dijual Pada Harga USD408000


Assalamualaikum readerz.

Sebuah gitar yang pernah dimainkan oleh John Lennon dan George Harrison dalam The Beatles telah dijual pada harga USD408,000 (RM1.2juta) dalam satu lelongan di New York.

Saturday, May 18, 2013

Kesan Hentaman Meteoroid Terbesar Di Bulan

Assalamualaikum readerz.

Satu teleskop automatik pemantau bulan telah menangkap imej-imej batu seberat 40 kg terhempas ke dalam permukaan lunar, mewujudkan satu kilat cahaya yang terang, kata ahli-ahli sains NASA.

Letupan pada Jumaat, 17 MAC adalah yang terbesar pernah dilihat sejak NASA mula memerhati bulan untuk kesan meteoroid kira-kira lapan tahun lalu. Setakat ini, lebih 300 letupan telah direkodkan.

Sunday, May 12, 2013

Projek Bina Stadium Baharu Di Kelantan Akan Tetap Diteruskan


PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (gambar) membayangkan hasratnya untuk melihat projek pembinaan stadium baharu di Kelantan diteruskan biarpun Barisan Nasional (BN) gagal mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), baru-baru ini.
Menurutnya, walaupun pembinaan stadium tersebut termasuk dalam tujuh janji yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya BN berjaya merampas kerajaan Kelantan daripada PAS tetapi beliau akan terus berusaha untuk merealisasikan impian seluruh rakyat Kelantan itu.
“Ketujuh-tujuh perkara yang dijanjikan oleh Perdana Menteri walaupun tidak lagi sebagai satu kemestian kerana BN gagal mendapat mandat rakyat tetapi kita akan cuba menggunakan saluran-saluran tertentu supaya ia dapat dilaksanakan di Kelantan.

Friday, May 10, 2013

David Moyes Bakal Ke Old Trafford


Assalamualaikum readerz!

LONDON: Manchester United dijangka melakukan proses peralihan yang selesa selepas Alex Ferguson meninggalkan kelab terkemuka itu penghujung musim ini dengan bakal penggantinya yang disebut-sebut iaitu David Moyes.

Pengurus Everton itu tidak pernah mendakap trofi utama sepanjang kerjayanya sebagai jurulatih, namun sudah lama memikat Ferguson yang juga rakan senegaranya dari Scotland itu. 
Sebaik berita bahawa Ferguson akan bersara, nama Moyes pantas disebut-sebut untuk mengambil alih tugas di Old Trafford yang cukup berprestif sebagai antara kelab terhebat di dunia itu. 

Wednesday, May 08, 2013

Sir Alex Ferguson Umumkan Persaraan

Assalamualaikum readerz.

Sir Alex Ferguson mengumumkan beliau akan bersara sebagai pengurus Manchester United pada akhir musim ini selepas 27 tahun di Old Trafford.

Ferguson, pengurus yang paling menyerlah dalam sejarah bola sepak England, akan bersara selepas perlawanan West Bromwich Albion pada 19 Mei ini.

Tuesday, April 03, 2012

Proton Preve : Model Proton Terbaru Tahun 2012

Assalamualaikum readerz,
Akhirnya model proton terbaru yang sebelum ini dikenali sebagai Proton P3-21A telah diketahui nama komersialnya iaitu Proton Preve. Proton Preve telah dibandingkan dengan Toyota Vios dan juga Honda City dan nampaknya ia memiliki kelas yang tersendiri. Harga Proton Preve adalah antara RM78,500. Dengan harga yang lebih murah berbanding dua model yang dibandingkan ini, Proton Preve juga dilengkapi dengan beberapa kelebihan tersendiri. Berikut adalah beberapa perbezaan antara ketiga-tiga model :-
Sumber: Myberita

Monday, April 02, 2012

EPL - Liverpool Kecundang Buat Kali Ke-3 Berturut-turut

Assalamualaikum readerz,
NEWCASTLE - Liverpool menyerah 0-2 kepada Newcastle United, dalam perlawanan Premier League, di Sports Direct Arena, Ahad (1/4/2012). Ini adalah kekalahan ketiga Liverpool dalam tiga perlawanan terakhir.

Gol pertama tuan rumah diciptakan Papiss Demba Cisse pada minit ke-19. Ia menakluki Pepe Reina dengan tandukan, melalui hantaran Hatem Ben Arfa.

Cisse kembali masuk senarai sebagai penjaring gol pada minit ke-59. Gol bermula dari hantaran Demba Ba yang diteruskan Ben Arfa kepada Cisse di dalam kotak penalti. Setelah memperdaya Reina, Cisse menendang bola ke sudut kanan bawah gawang.

Perlawanan juga diwarnai keluarnya satu kad merah untuk Pepe Reina pada minit ke-83. Reina diusir kerana berselisih dengan James Perch. Kerana Liverpool sudah menghabiskan bahagian pergantian pemain, kedudukan Reina digantikan Jose Enrique.

Menurut catatan Premier League, semasa perlawanan, Liverpool melepaskan enam percubaan tepat dari sembilan percubaan. Sementara Newcastle menciptakan tujuh peluang emas dari sebelas percubaan.

Dengan hasil tersebut, Liverpool berada di kedudukant kelapan dengan 42 mata, atau beza sebelas mata dari Newcastle di kedudukan keenam. Newcastle hanya kalah perbezaan gol dari Chelsea yang ada di tempat kelima.



Berikut adalah kedudukan terkini EPL:-

Thursday, February 23, 2012

Malaysia Tumpas 0-4 Kepada Jepun

Assalamualaikum readerz,
KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Muda A sekali lagi dirundung duka apabila dibelasah teruk 0-4 kepada Jepun pada perlawanan kelima saingan kumpulan C Kelayakan Olimpik London 2012 bagi Zon Asia yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Jepun yang terus melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang gol Malaysia akhirnya berjaya memecah kebuntuan menerusi gol pertama yang dijaringkan oleh Sakai Hiroki pada minit ke-35.
Pemain berusia 22 tahun skuad Samurai biru, Osako Yuya kemudian menyumbang gol kedua hasil tandukan pada minit ke-44.
Pada babak kedua perlawanan, pasukan Jepun mula berpesta gol apabila Haraguchi Gengki menjaringkan gol ketiga pada minit ke-55, diikuti gol keempat oleh Saito Manabu lima minit kemudian.
Jepun dijadual bertemu Bahrain pada 14 Mac depan. – BERNAMA

Tuesday, February 14, 2012

Bobbi Kristina Dikhuatiri Bunuh Diri

Assalamualaikum readerz,
Bobbi Kristina, 18, anak perempuan kepada penyanyi pop lagenda Whitney Houston, baru sahaja dimasukkan ke pusat pemulihan. Selepas terkejut mendengar berita kematian ibunya, Bobbi Kristina dikhuatiri akan cuba untuk membunuh diri. Hal ini kerana Kristina kini dalam keadaan yang tidak terkawal.


“Kami dimaklumkan dia dalam keadaan histeria, kepenatan dan gagal dipujuk,” kata laman web TMZ. Sumber rapat penyanyi itu memberitahu TMZ, keluarganya percaya anak perempuan Whitney itu mungkin cuba membunuh diri.


Bobbi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan menjerit ke arah anggota polis pada malam kematian ibunya 11 Februari lalu selepas dilarang melihat mayat ibunya.


Bobbi Kristina dikatakan terlalu sedih selepas kematian ibunya dan menyatakan bahawa dia tidak mahu hidup lagi.


Anak perempuan mendiang penyanyi pop terkenal itu dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Cedars-Sinai di sini tengah hari semalam dan Hollywoodlife.com mendapat tahu dia dibawa ke sebuah lokasi rahsia oleh bapanya, Bobby Brown dan beberapa ahli keluarganya.

Sumber memberitahu Hollywoodlife.com bahawa Bobbie Kristina menunjukkan tanda-tanda ‘dilanda tekanan jiwa yang teruk’ dan dia ‘secara fizikalnya terlalu murung.’

Monday, February 13, 2012

Bintang Pop Terkenal Whitney Houston Meninggal Dunia

Assalamualaikum readerz,
Penyanyi terkenal Hollywood, Whitney Houston(gambar), telah dilaporkan meninggal dunia menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh AP press semalam. Penyanyi tersebut ditemui telah meninggal dunia di biliknya di tingkat 4 Beverly Hilton Hotel. Waktu kematian adalah pada pukul 3.55 petang(waktu tempatan). Punca kematian belum didedahkan. 


Whitney Houston, berusia 48 tahun, sebelum ini terkenal dengan lagu2 seperti "How Will I Know You" dan "I Will Always Love You" serta pernah memenangi beberapa anugerah Grammy. 

Thursday, January 19, 2012

Wikipedia Tutup Laman Web 24 Jam Sebagai Bantahan SOPA dan PIPA

Assalamualaikum readerz,
Wikipedia yang merupakan ensiklopedia atas talian terkemuka dunia ini memprotes tindakan pihak kongres di Amerika Syarikat dalam menggubal akta terbaru yang dikenali sebagai Stop Online Piracy Act (SOPA) dan Protect IP Act (PIPA).

Laman web tersebut memaparkan imej seperti di atas apabila pengguna atau pelawat membuka laman web tersebut dalam versi English. Stop Online Piracy Act (SOPA) adalah undang-undang yang dikenalkan pada Oktober 2011 yang membuatkan pihak kerajaan US mempunyai kuasa lebih besar dalam memerangi cetak rompak dalam internet dan menyaman pemilik website tersebut.

Banyak syarikat besar seperti Google, Yahoo!, YouTube, Facebook, Twitter, AOL, LinkedIn, eBay, Mozilla Corporation tidak menyokong akta tersebut dimana kemungkinan banyak ilmu pengetahuan terpaksa dibuang daripada internet akibat masalah copyright.



P/S: Kalau korang nak buka wikipedia tapi tak nak bagi imej di atas keluar, ada caranya. Mudah saja...korang buka wikipedia...kemudian korang cepat2 tekan butang ESC pada keyboard korang supaya page loading akan terhenti dan imej di atas takkan sempat muncul. Selamat mencuba.


Sumber: http://www.budakbotak.com

Saturday, January 14, 2012

Orang Ramai Cuma Memerhati Pembunuhan Kejam di China

Assalamualaikum readerz...
Sebelum ni cerita tentang budak umur 2 tahun yang kena langgar di China. Kali ni pula cerita tentang seorang wanita yang dibunuh secara kejam oleh seorang lelaki dengan menggunakan pisau. Malangnya, nasib wanita ni sama dengan nasib budak kecil yang kena langgar tu apabila orang ramai yang lalu-lalang di tempat kejadian langsung tidak berniat untuk menolong mangsa. Ish3...di mana perikemanusiaan mereka? Lihat video rakaman serta berita mengenai kes tersebut di bawah untuk maklumat lanjut.
CHINA – Seorang wanita telah menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila ditikam dengan senjata tajam bertubi-tubi sehingga mati oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di dalam satu kejadian ngeri yang berlaku di sini baru-baru ini.

Thursday, December 22, 2011

Wang Kertas Terbaru Malaysia Bermula Januari 2012

Assalamualaikum readerz,
Kita bakal menggunakan duit kertas baru apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan reka bentuk wang kertas baru termasuk nota RM20 baru yang akan mula diedarkan tahun depan. Wang kertas RM50 sudah pun diedarkan dan syiling yang dilancarkan Julai lalu akan diedarkan Januari 2012.

Sunday, December 18, 2011

PlayStation Vita Mula Dijual Di Jepun (17/12/11)

Assalamualaikum readerz !
Sony PlayStation Vita mula dijual di Jepun semalam iaitu 17 Dis 2011, dimana beribu-ribu gamerz beratur awal pagi untuk menjadi antara yang pertama untuk membelinya. Pelancaran PSVita akan memanaskan persaingan dengan pesaing Nintendo Co 's 3DS yang memasarkan teknologi 3-D.

Friday, December 16, 2011

Anliker McLaren SLR 999 Red Gold Dream - Kereta Emas

Assalamualaikum readerz !


Ueli Anliker seorang ahli perniagaan daripada Swiss telah mengubah kereta Mercedes McLaren SLR miliknya kepada kereta mewah. Sekumpulan 35 orang bekerja, 30,000 jam dan lebih £ 3.5 juta ($ 5.5 juta) digunakan untuk mengubah kereta tersebut yang diberi nama Anliker McLaren SLR 999 Red Gold Dream. 

Thursday, December 08, 2011

Senarai Google Malaysian Zeitgeist 2011

Assalamualaikum readerz,


Korang mesti nak tau ape maksud zeitgeist ni. Zeitgeist adalah perkataan German yang bermaksud "the spirit of the times". Dalam bahasa Melayu, ia bermaksud perkataan @ apa sahaja yang paling banyak dicari dalam sesuatu masa. 

Back to the main point. Tahun 2011 sudah hampir berakhir, jadi pihak Google Malaysia telah mengeluarkan senarai perkataan, gambar, blog, rancangan TV & sebagainya yang banyak dicari sepanjang tahun 2011 ni. Let's check the list out.


Monday, November 28, 2011

Anak Kambing Lahir Dengan Wajah Pelik

Assalamualaikum readerz,

GERIK - Kelahiran seekor anak kambing berwajah pelik milik seorang penternak, Abd Karim Abd Hamid,69, pada Isnin lalu, menggemparkan penduduk di kampung Air Suda 2.
Menantunya, Mohd Halim Mat Wahid, 37 berkata, wajah anak kambing dari spesies boer itu dianggap satu perkara yang luar biasa dan ia telah menarik perhatian orang ramai.
Katanya, Abd Karim telah menternak kambing sejak lebih 20 tahun lalu dan ini merupakan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.
“Bapa mertua saya adalah seorang pesara tentera dan telah menternak kambing sebaik sahaja dia bersara daripada perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Sebelum ini semua anak kambing di kandang ternakannya dilahirkan dalam keadaan normal dan kejadian pada kali ini memang mengejutkan ramai penduduk,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Mohd Halim, kelahiran anak kambing berkenaan disedari pada jam 8 pagi di kandang kambing bapa mertuanya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Fasa 2, Gerik-Kupang.
Walau bagaimanapun, kata Mohd Halim, anak kambing itu telah mati selepas beberapa saat dilahirkan dan telah dikebumikan di belakang rumah bapa mertuanya.
Katanya, kebanyakan penduduk yang berkesempatan datang dan melihat sendiri anak kambing itu mengatakan wajah peliknya agak menakutkan.
“Anak kambing itu dilahirkan oleh seekor ibu kambing yang berusia tiga tahun, dan kami tidak tahu kenapa wajahnya pelik kerana anak kambing yang lahir sebelumnya dilahirkan dalam keadaan normal.
“Faktor pemakanan tidak mungkin menjadi punca kerana ibu kambing itu diberi makan sama seperti kambing ternakan lain,” katanya.

Wednesday, October 19, 2011

Sebab Utama Kenapa Orang Tak Tolong Budak 2 Tahun Yang Kena Langgar Di China

Assalamualaikum readerz !

Bg korng yg blum tau pasal kes langgar lari ni, korng bleh tgk video kat atas. Aku rasa korng msti nk tau kan, kenapa org2 yg lalu dkat dgn bdak yg kena langgar tu langsung xnk tlong dia. Aku pun bru terbaca 1 artikel blog. Mmg rmai yg kata masyarakat China kejam & xde perikemanusiaan. Tp apa yg buatkn mereka jd mcm tu? Korng bleh baca artikel yg aku sediakn ni.


"Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia. Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung, sila jangan tolong.. Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh... Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya... Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu.. Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati.. Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...


Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni... JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri... Kalau kawan aku tu tipu maka tipulah aku... Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini..."

Wednesday, September 28, 2011

Bugatti Galibier: Pengganti Veyron

Assalamualaikum readerz..

Bugatti Galibier, kereta mewah bru yg bakal dihasilkan oleh syarikat Bugatti. Kereta ni dikatakan bakal menggantikan Bugatti Veyron. B.Galibier bakal muncul dgn empat pintu, diperkasakan dgn 1000 kuasa kuda yg digunakan dlm B.Veyron dan yg membezakn kedua2 enjin kereta ni adalah empat quadturbo dlm B.Veyron bakal ditukar dgn dua supercharger dlm B.Galibier. Konsep rekaan B.Galibier ni dah dipamerkan sjak thun 2009 namun penghasilannya akn bmula tahun ni (2011). Harga??? Belum dpt dipastikan lg...tp yg pasti...aku & korng yg bce entri ni xkan mampu nk beli kereta ni...kah3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq