Like This ??

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Monday, May 20, 2013

Justin Bieber Kena 'Boo' Di Billboard Music Awards

Assalamualaikum readerz.

Tidak semua orang muncul untuk menjadi "Belieber" pada malam Ahad lalu.

Pada malam itu, Justin Bieber mendengar korus 'boo' semasa peminat mengundi untuk Milestone Award di Billboard Music Awards di Las Vegas.

Sunday, May 19, 2013

Gitar John Lennon Dan George Harrison Dijual Pada Harga USD408000


Assalamualaikum readerz.

Sebuah gitar yang pernah dimainkan oleh John Lennon dan George Harrison dalam The Beatles telah dijual pada harga USD408,000 (RM1.2juta) dalam satu lelongan di New York.

Monday, May 13, 2013

Video Parody: Sharifah Sakinah Versi Lelaki

 
Assalamualaikum readerz.

Baru-baru ini kecoh di beberapa laman sosial dan blog gara-gara video Keek tidak senonoh yang dimuat naik oleh Sharifah Sakinah menerusi akaun Anzalna. Setelah dikecam teruk oleh ramai pihak dan ada juga yang mengeluarkan kata-kata kesat, Sharifah Sakinah telah tampil untuk memohon maaf. Berikut adalah petikan dari permohonan maafnya ketika dihubungi.

Sunday, May 12, 2013

Kpoppers Bengang Konsert Asia Super Showcase 2013 Ditunda


Dua hari sebelum berlangsungnya konsert Asia Super Showcase In Malaysia 2013 yang menampilkan kumpulan K-Pop sensasi, Shinhwa, Girls' Generation dan AOA, penganjur mengumumkan bahawa ia terpaksa ditunda atas alasan 'situasi negara' baru-baru ini.
Dalam satu e-mel yang diterima baru-baru ini, pihak penganjur iaitu Marctensia Concerts dengan kerjasama Universal Music Malaysia memohon maaf dan memberitahu, keputusan tersebut dibuat demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang ramai terutamanya para peminat.

Sunday, April 01, 2012

8 Orang Bekas Ahli Girl's Generation/SNSD

Assalamualaikum readerz,


Tahukah anda? Sebelum SNSD mula dibentuk/debut secara rasmi, terdapat 8 orang gadis pernah menyertai SNSD selain 9 ahli SNSD sekarang. Ada antara 8 gadis tersebut pernah menjadi ahli ke-10 SNSD. Mereka adalah:-


1.Lee Yeon Hee
Kini merupakan seorang pelakon. Memulakan debutnya dalam drama televisyen Korea, Sea God sebagai Junghwa muda pada tahun 2004.


2.Hwang Bora
Hwang Bora pernah membintangi filem 'Jumunjin' bersama bekas ahli Super Junior, Kim Kibum.


3.Zhang Liyin
Penyanyi pertama dari China yang menempah nama dalam industri muzik Korea. Dia juga merupakan artis asing(luar Korea) pertama yang memenangi Best New Artist Solo di Asia M.net Music Awards di Korea.


4.Seo Hyun Jin
Seo Hyun Jin pernah memegang watak utama dalam drama Dating On Earth.


5.Stella Kim
Dikatakan digugur dari SNSD kerana kurang kemahiran menarinya. Juga tidak mendapat restu ibu bapanya untuk menjadi artis dan mereka mahu dia meneruskan pembelajarannya.


6.Jang Ha Jin
Alasannya menarik diri dari SNSD kurang jelas. Dikatakan dia ingin menumpukan terhadap akademiknya dan kini sedang menuntut di sebuah universiti di Korea.


7.Park So Yeon
Menarik diri kerana kurang bersedia membuat debutnya bersama SNSD. Kini dia menjadi ahli T-ara.


8.Heo Chan Mi
Ahli terakhir yang keluar dari SNSD setakat ini. Sekarang dia merupakan lead vokalis kumpulan Co-Ed School dan sub-unitnya iaitu 5dolls.

Tuesday, February 14, 2012

Bobbi Kristina Dikhuatiri Bunuh Diri

Assalamualaikum readerz,
Bobbi Kristina, 18, anak perempuan kepada penyanyi pop lagenda Whitney Houston, baru sahaja dimasukkan ke pusat pemulihan. Selepas terkejut mendengar berita kematian ibunya, Bobbi Kristina dikhuatiri akan cuba untuk membunuh diri. Hal ini kerana Kristina kini dalam keadaan yang tidak terkawal.


“Kami dimaklumkan dia dalam keadaan histeria, kepenatan dan gagal dipujuk,” kata laman web TMZ. Sumber rapat penyanyi itu memberitahu TMZ, keluarganya percaya anak perempuan Whitney itu mungkin cuba membunuh diri.


Bobbi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan menjerit ke arah anggota polis pada malam kematian ibunya 11 Februari lalu selepas dilarang melihat mayat ibunya.


Bobbi Kristina dikatakan terlalu sedih selepas kematian ibunya dan menyatakan bahawa dia tidak mahu hidup lagi.


Anak perempuan mendiang penyanyi pop terkenal itu dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Cedars-Sinai di sini tengah hari semalam dan Hollywoodlife.com mendapat tahu dia dibawa ke sebuah lokasi rahsia oleh bapanya, Bobby Brown dan beberapa ahli keluarganya.

Sumber memberitahu Hollywoodlife.com bahawa Bobbie Kristina menunjukkan tanda-tanda ‘dilanda tekanan jiwa yang teruk’ dan dia ‘secara fizikalnya terlalu murung.’

Monday, February 13, 2012

Bintang Pop Terkenal Whitney Houston Meninggal Dunia

Assalamualaikum readerz,
Penyanyi terkenal Hollywood, Whitney Houston(gambar), telah dilaporkan meninggal dunia menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh AP press semalam. Penyanyi tersebut ditemui telah meninggal dunia di biliknya di tingkat 4 Beverly Hilton Hotel. Waktu kematian adalah pada pukul 3.55 petang(waktu tempatan). Punca kematian belum didedahkan. 


Whitney Houston, berusia 48 tahun, sebelum ini terkenal dengan lagu2 seperti "How Will I Know You" dan "I Will Always Love You" serta pernah memenangi beberapa anugerah Grammy. 

Friday, September 23, 2011

Rosyam Nor | Watak Utama KL Gangster 2 ?

Assalamualaikum readerz,


Setelah berjaya dengan kutipan pecah panggung RM12 juta melalui filem aksi, KL Gangster, Syamsul bakal mengarahkan KL Gangster 2 yang menjanjikan adrenalin yg lebih bertenaga.

Malah, filem yang akan menelan belanja sekitar RM3 juta itu turut menampilkan Rosyam Nor, sebagai tunjang utamanya.

 Menurut Syamsul, dia sebenarnya sudah merisik Rosyam sejak KL Gangster namun disebabkan jadual pelakon tersebut padat, dia terpaksa melupakan hasratnya itu.

Jadi, apabila Rosyam memberitahu saya dia mempunyai masa untuk berlakon dalam KL Gangster 2, saya menganggap ia sebagai satu peluang yang tidak patut dilepaskan.
“Selain itu, saya masih mengekalkan pelakon lain seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Ridzuan Hashim serta Shoffi Jikan dalam filem ini.

Filem sekuel tersebut akan memulakan penggambaran pada November ini. sama-samalah kita nantikan kemunculan KL Gangster 2 ini.
 
Thanks 4 reading.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq