Like This ??

Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

Lamborghini Egoista Concept: Konsep Kereta Futuristik

Assalamualaikum readerz.

Konsep Lamborghini Egoista, telah diumumkan pada awal bulan ini semasa sambutan ulang tahun ke-50 syarikat itu di Bologna, Itali. Ia tidak dirancang untuk pengeluaran, tetapi ia mempunyai tujuan: untuk membuktikan kepada para pengkritik yang menganggap pembuat telah kehilangan sedikit keyakinan dalam reka bentuk.

Wednesday, May 22, 2013

BMW 5-series Terkini Didedahkan

Assalamualaikum readerz.

BMW telah mendedahkan model 5-series terkini mereka dengan pelbagai pembaharuan, dengan enjin yang lebih cekap dan gaya diubah semula.

Setiap model kurang mengeluarkan karbon dioksida (CO2) dan lebih menjimatkan penggunaan bahan api daripada sebelumnya. Diesel 184hp 2.0 liter kini mengeluarkan hanya 119g/km CO2, sama ada dipasang dengan transmisi manual atau automatik. Yang sepadan dengan pelepasan model EfficientDynamics lama yang dihentikan.

Tuesday, May 14, 2013

Subaru WRX Concept 2013

Assalamualaikum readerz.

Syarikat Subaru telah memperkenalkan Subaru WRX Concept 2013 untuk generasi baru kenderaan WRX keluaran mereka. Namun, buat masa ini belum didedahkan lagi spesifikasi enjinnya. Manakala atap, bonet dan hood depan kereta ini diperbuat dari gentian karbon. Rekaan konsep terbaru ini tampak lebih agresif dan gah! Pembaharuan yang dilakukan pada konsep baru ini nampak lebih cool berbanding WRX STi yang sedia ada. Jom kita survey gambar-gambar menarik kereta ini.

Tuesday, April 03, 2012

Proton Preve : Model Proton Terbaru Tahun 2012

Assalamualaikum readerz,
Akhirnya model proton terbaru yang sebelum ini dikenali sebagai Proton P3-21A telah diketahui nama komersialnya iaitu Proton Preve. Proton Preve telah dibandingkan dengan Toyota Vios dan juga Honda City dan nampaknya ia memiliki kelas yang tersendiri. Harga Proton Preve adalah antara RM78,500. Dengan harga yang lebih murah berbanding dua model yang dibandingkan ini, Proton Preve juga dilengkapi dengan beberapa kelebihan tersendiri. Berikut adalah beberapa perbezaan antara ketiga-tiga model :-
Sumber: Myberita

Thursday, February 16, 2012

Phibian : Kereta Yang Boleh Bergerak Di Darat Dan Air

Assalamualaikum readerz, 
Phibian, itulah nama yang diberi kepada sebuah kereta yang dihasilkan oleh syarikat Gibbs Technology Speed. Phibian mampu berjalan di darat dan air...cool! Kenderaan amfibia ini mampu menampung berat sehingga 1500 kg dan kapasiti muatan adalah 15. Keupayaannya untuk bergerak di lebuhraya dan di air adalah pada kelajuan 30mph. 
Looks like a weird car on the road...
Into the water...
Transform!!! kcikk..kcukk..kcikk
Yeehaaa!!!

Monday, January 09, 2012

Lexus LF-LC - Kereta Konsep Hibrid Yang Cool

Assalamualaikum readerz,
Lexus LF-LC ialah konsep kereta hibrid terkini daripada Toyota. Pihak Toyota telah mengusahakan kereta konsep ini lebih kurang setahun setengah. Rekaan dalaman dan luarannya dipertanggungjawabkan kepada syarikat Calty Design Research yang berpengkalan di California.
Setakat ni spesifikasi kereta ini masih belum didedahkan. Hanya gambar yang dapat ditunjukkan sebagai pameran. So, enjoy the pics.



Friday, December 16, 2011

Anliker McLaren SLR 999 Red Gold Dream - Kereta Emas

Assalamualaikum readerz !


Ueli Anliker seorang ahli perniagaan daripada Swiss telah mengubah kereta Mercedes McLaren SLR miliknya kepada kereta mewah. Sekumpulan 35 orang bekerja, 30,000 jam dan lebih £ 3.5 juta ($ 5.5 juta) digunakan untuk mengubah kereta tersebut yang diberi nama Anliker McLaren SLR 999 Red Gold Dream. 

Thursday, December 08, 2011

SSC Tuatara - Kereta Lumba bernilai USD 1.3 Juta

Assalamualaikum readerz !


Anda seorang penggemar kereta tahap dewa & ada duit sebanyak USD 1.3 Juta? Mungkin anda mampu beli kereta SSC Tuatara oleh Shelby Sports Car ni.

Wednesday, September 28, 2011

Bugatti Galibier: Pengganti Veyron

Assalamualaikum readerz..

Bugatti Galibier, kereta mewah bru yg bakal dihasilkan oleh syarikat Bugatti. Kereta ni dikatakan bakal menggantikan Bugatti Veyron. B.Galibier bakal muncul dgn empat pintu, diperkasakan dgn 1000 kuasa kuda yg digunakan dlm B.Veyron dan yg membezakn kedua2 enjin kereta ni adalah empat quadturbo dlm B.Veyron bakal ditukar dgn dua supercharger dlm B.Galibier. Konsep rekaan B.Galibier ni dah dipamerkan sjak thun 2009 namun penghasilannya akn bmula tahun ni (2011). Harga??? Belum dpt dipastikan lg...tp yg pasti...aku & korng yg bce entri ni xkan mampu nk beli kereta ni...kah3

Sunday, September 18, 2011

Model Kereta Paling Mahal Di Dunia !

Assalamualaikum readerz !

Ini bkn psal kereta btul tp cuma model kereta je....tp harganya bapak mahal mengalahkan kereta btul...layan....
Robert Gülpen , 52 tahun, seorang pakar membuat model telah membina sebuah model berskala 1:8 untuk kereta Lamborghini Aventador daripada karbon, emas dan batu permata. Gülpen menyifatkan ciptaannya sebagai “high-tech work of art” kerana model Lamborghini Aventador LP 700-4 ciptaannya diperbuat daripada karbon seperti kereta asal dan terdapat kira2 €2 million batu permata yang diletakkan di tempat duduk, steering dan lampu.

Dia mengambil masa kira-kira 500 jam untuk meyiapkan model tersebut, tapi hasil kerja kerasnya akan berbaloi apabila model tu akan dipamerkan dan dilelong pada Disember nanti. Harga permulaan adalah €3.5 million iaitu lebih mahal daripada kereta sebenar Aventador LP 700-4 (€303,450). Jika pembeli tidak sanggup menunggu Disember nanti, pembeli boleh memilikinya pada harga €4.5 million.

COOL~
Thankz 4 reading !

Wednesday, September 07, 2011

Kenali Bugatti Veyron

Assalamualaikum readerz ~


Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Bugatti Veyron yang anda perlu tahu:
1. Satu liter minyak yang di isi untuk Bugatti hanya boleh bertahan sejauh 3.2 kilometer
    sahaja.
2. Sistem brake yang digunakan untuk kereta Bugatti mampu bertahan untuk suhu setinggi

    1800°C.
3. Tenaga yang digunakan bagi menjalankan enjin Bugatti mampu menghasilkan tenaga 

    haba untuk 10 buah rumah ketika musim salji.
4. Bugatti Veyron menggunakan tayar Michelin PAX yang tidak dijumpai bagi mana-mana

    kenderaan. Sebuah tayar adalah 14.5 inci lebar iaitu 2 kali ganda tayar biasa. Tayar yang
    ingin ditukar harus di import dari Perancis dengan kos sehingga USD70,000.
5. Sebuah tangki minyak Bugatti mengambil masa sehingga 8 hari untuk disiapkan.
6. Kelajuan Bugatti mampu mencecah 100km/j dalam masa 3 saat dan 300km/j dalam masa 

    kurang 14 saat.
7. Bugatti Veyron dapat berhenti pada kelajuan 400km/j dalam masa kurang dari 10 saat 

    sahaja.
8. Pada kelajuan 400km/j di atas jalan raya, tayar Bugatti Veyron hanya mampu bertahan 

    selama 15 minit sahaja.
9. Difahamkan harga bagi sebuah kenderaan yang dihasilkan di Perancis ini mencecah 

    RM4 juta sebelum cukai. Jika termasuk cukai, harga terus melambung ke RM12 juta. 
    Berminat?
10. Kuasa maksimum enjin Bugatti ialah bersamaan dengan 1100 BHP iaitu menyamai 
      10 enjin Campro CPS.
11. Sebuah enjin Bugatti mempunyai 16 silinder iaitu menyamai 4 buah enjin kereta biasa.
12. Bugatti Veyron mempunyai 7 gear sama seperti kereta Formula 1.
13. Berat kosong Bugatti ialah kira-kira 1.9 tan iaitu hampir sama dengan berat 2 buah 

      kereta MyVi.
14. Pada kelajuan 400km/j ke atas, Bugatti menggunakan lebih kurang 1.2 liter petrol.
15. Pada kelajuan 400 km/j juga, jumlah udara yang disedut oleh enjin Bugatti 

      membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari. 

Thankz 4 reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq