Like This ??

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Sunday, May 12, 2013

Projek Bina Stadium Baharu Di Kelantan Akan Tetap Diteruskan


PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (gambar) membayangkan hasratnya untuk melihat projek pembinaan stadium baharu di Kelantan diteruskan biarpun Barisan Nasional (BN) gagal mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), baru-baru ini.
Menurutnya, walaupun pembinaan stadium tersebut termasuk dalam tujuh janji yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya BN berjaya merampas kerajaan Kelantan daripada PAS tetapi beliau akan terus berusaha untuk merealisasikan impian seluruh rakyat Kelantan itu.
“Ketujuh-tujuh perkara yang dijanjikan oleh Perdana Menteri walaupun tidak lagi sebagai satu kemestian kerana BN gagal mendapat mandat rakyat tetapi kita akan cuba menggunakan saluran-saluran tertentu supaya ia dapat dilaksanakan di Kelantan.

Friday, May 10, 2013

David Moyes Bakal Ke Old Trafford


Assalamualaikum readerz!

LONDON: Manchester United dijangka melakukan proses peralihan yang selesa selepas Alex Ferguson meninggalkan kelab terkemuka itu penghujung musim ini dengan bakal penggantinya yang disebut-sebut iaitu David Moyes.

Pengurus Everton itu tidak pernah mendakap trofi utama sepanjang kerjayanya sebagai jurulatih, namun sudah lama memikat Ferguson yang juga rakan senegaranya dari Scotland itu. 
Sebaik berita bahawa Ferguson akan bersara, nama Moyes pantas disebut-sebut untuk mengambil alih tugas di Old Trafford yang cukup berprestif sebagai antara kelab terhebat di dunia itu. 

Wednesday, May 08, 2013

Sir Alex Ferguson Umumkan Persaraan

Assalamualaikum readerz.

Sir Alex Ferguson mengumumkan beliau akan bersara sebagai pengurus Manchester United pada akhir musim ini selepas 27 tahun di Old Trafford.

Ferguson, pengurus yang paling menyerlah dalam sejarah bola sepak England, akan bersara selepas perlawanan West Bromwich Albion pada 19 Mei ini.

Monday, April 02, 2012

EPL - Liverpool Kecundang Buat Kali Ke-3 Berturut-turut

Assalamualaikum readerz,
NEWCASTLE - Liverpool menyerah 0-2 kepada Newcastle United, dalam perlawanan Premier League, di Sports Direct Arena, Ahad (1/4/2012). Ini adalah kekalahan ketiga Liverpool dalam tiga perlawanan terakhir.

Gol pertama tuan rumah diciptakan Papiss Demba Cisse pada minit ke-19. Ia menakluki Pepe Reina dengan tandukan, melalui hantaran Hatem Ben Arfa.

Cisse kembali masuk senarai sebagai penjaring gol pada minit ke-59. Gol bermula dari hantaran Demba Ba yang diteruskan Ben Arfa kepada Cisse di dalam kotak penalti. Setelah memperdaya Reina, Cisse menendang bola ke sudut kanan bawah gawang.

Perlawanan juga diwarnai keluarnya satu kad merah untuk Pepe Reina pada minit ke-83. Reina diusir kerana berselisih dengan James Perch. Kerana Liverpool sudah menghabiskan bahagian pergantian pemain, kedudukan Reina digantikan Jose Enrique.

Menurut catatan Premier League, semasa perlawanan, Liverpool melepaskan enam percubaan tepat dari sembilan percubaan. Sementara Newcastle menciptakan tujuh peluang emas dari sebelas percubaan.

Dengan hasil tersebut, Liverpool berada di kedudukant kelapan dengan 42 mata, atau beza sebelas mata dari Newcastle di kedudukan keenam. Newcastle hanya kalah perbezaan gol dari Chelsea yang ada di tempat kelima.



Berikut adalah kedudukan terkini EPL:-

Thursday, February 23, 2012

Malaysia Tumpas 0-4 Kepada Jepun

Assalamualaikum readerz,
KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Muda A sekali lagi dirundung duka apabila dibelasah teruk 0-4 kepada Jepun pada perlawanan kelima saingan kumpulan C Kelayakan Olimpik London 2012 bagi Zon Asia yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Jepun yang terus melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang gol Malaysia akhirnya berjaya memecah kebuntuan menerusi gol pertama yang dijaringkan oleh Sakai Hiroki pada minit ke-35.
Pemain berusia 22 tahun skuad Samurai biru, Osako Yuya kemudian menyumbang gol kedua hasil tandukan pada minit ke-44.
Pada babak kedua perlawanan, pasukan Jepun mula berpesta gol apabila Haraguchi Gengki menjaringkan gol ketiga pada minit ke-55, diikuti gol keempat oleh Saito Manabu lima minit kemudian.
Jepun dijadual bertemu Bahrain pada 14 Mac depan. – BERNAMA

Friday, November 18, 2011

Sukan SEA 2011: Gol Kemenangan Malaysia 1 - 0 Indonesia

Assalamualaikum readerz,

Tahniah kpd pasukan bolasepak Malaysia kerana telah berjaya menundukkan Indonesia dengan jaringan 1-0 serta turut menjadikn pasukan negara sebagai juara Kumpulan A dlm aksi temasya sukan SEA yg ke-26 sebentar td.

Gol tunggal perlawanan telah dijaringkn oleh Syahrul Azwari Ibrahim pd minit ke-18 dgn gerakan solo yg menarik. 



Dlm aksi separuh akhir pd sabtu ini, Malaysia bakal bertemu 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq