Like This ??

Sunday, April 01, 2012

8 Orang Bekas Ahli Girl's Generation/SNSD

Assalamualaikum readerz,


Tahukah anda? Sebelum SNSD mula dibentuk/debut secara rasmi, terdapat 8 orang gadis pernah menyertai SNSD selain 9 ahli SNSD sekarang. Ada antara 8 gadis tersebut pernah menjadi ahli ke-10 SNSD. Mereka adalah:-


1.Lee Yeon Hee
Kini merupakan seorang pelakon. Memulakan debutnya dalam drama televisyen Korea, Sea God sebagai Junghwa muda pada tahun 2004.


2.Hwang Bora
Hwang Bora pernah membintangi filem 'Jumunjin' bersama bekas ahli Super Junior, Kim Kibum.


3.Zhang Liyin
Penyanyi pertama dari China yang menempah nama dalam industri muzik Korea. Dia juga merupakan artis asing(luar Korea) pertama yang memenangi Best New Artist Solo di Asia M.net Music Awards di Korea.


4.Seo Hyun Jin
Seo Hyun Jin pernah memegang watak utama dalam drama Dating On Earth.


5.Stella Kim
Dikatakan digugur dari SNSD kerana kurang kemahiran menarinya. Juga tidak mendapat restu ibu bapanya untuk menjadi artis dan mereka mahu dia meneruskan pembelajarannya.


6.Jang Ha Jin
Alasannya menarik diri dari SNSD kurang jelas. Dikatakan dia ingin menumpukan terhadap akademiknya dan kini sedang menuntut di sebuah universiti di Korea.


7.Park So Yeon
Menarik diri kerana kurang bersedia membuat debutnya bersama SNSD. Kini dia menjadi ahli T-ara.


8.Heo Chan Mi
Ahli terakhir yang keluar dari SNSD setakat ini. Sekarang dia merupakan lead vokalis kumpulan Co-Ed School dan sub-unitnya iaitu 5dolls.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq