Like This ??

Monday, April 02, 2012

EPL - Liverpool Kecundang Buat Kali Ke-3 Berturut-turut

Assalamualaikum readerz,
NEWCASTLE - Liverpool menyerah 0-2 kepada Newcastle United, dalam perlawanan Premier League, di Sports Direct Arena, Ahad (1/4/2012). Ini adalah kekalahan ketiga Liverpool dalam tiga perlawanan terakhir.

Gol pertama tuan rumah diciptakan Papiss Demba Cisse pada minit ke-19. Ia menakluki Pepe Reina dengan tandukan, melalui hantaran Hatem Ben Arfa.

Cisse kembali masuk senarai sebagai penjaring gol pada minit ke-59. Gol bermula dari hantaran Demba Ba yang diteruskan Ben Arfa kepada Cisse di dalam kotak penalti. Setelah memperdaya Reina, Cisse menendang bola ke sudut kanan bawah gawang.

Perlawanan juga diwarnai keluarnya satu kad merah untuk Pepe Reina pada minit ke-83. Reina diusir kerana berselisih dengan James Perch. Kerana Liverpool sudah menghabiskan bahagian pergantian pemain, kedudukan Reina digantikan Jose Enrique.

Menurut catatan Premier League, semasa perlawanan, Liverpool melepaskan enam percubaan tepat dari sembilan percubaan. Sementara Newcastle menciptakan tujuh peluang emas dari sebelas percubaan.

Dengan hasil tersebut, Liverpool berada di kedudukant kelapan dengan 42 mata, atau beza sebelas mata dari Newcastle di kedudukan keenam. Newcastle hanya kalah perbezaan gol dari Chelsea yang ada di tempat kelima.



Berikut adalah kedudukan terkini EPL:-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq