Like This ??

Sunday, May 12, 2013

Kpoppers Bengang Konsert Asia Super Showcase 2013 Ditunda


Dua hari sebelum berlangsungnya konsert Asia Super Showcase In Malaysia 2013 yang menampilkan kumpulan K-Pop sensasi, Shinhwa, Girls' Generation dan AOA, penganjur mengumumkan bahawa ia terpaksa ditunda atas alasan 'situasi negara' baru-baru ini.
Dalam satu e-mel yang diterima baru-baru ini, pihak penganjur iaitu Marctensia Concerts dengan kerjasama Universal Music Malaysia memohon maaf dan memberitahu, keputusan tersebut dibuat demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang ramai terutamanya para peminat.

Keputusan telah dibuat selepas berbincang bersama semua rakan penganjur tempatan dan juga luar negara.
Asia Super Showcase In Malaysia 2013 yang diadakan buat kali kedua sepatutnya berlangsung pada hari ini iaitu Ahad (12 Mei), jam 8.30 malam bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Tarikh baru dan lokasi untuk konsert ini akan diumumkan dalam masa sebulan.
Bagi peminat yang tidak dapat hadir pada tarikh konsert baru nanti akan diberitahu cara untuk menuntut wang tiket tersebut.
Untuk maklumat lanjut, peminat boleh melayari laman sesawang atau Facebook Marctensia Concerts dan Universal Music Malaysia.

Namun begitu, nampaknya para Kpoppers tegar bengang dengan kejadian ini dan mengugut untuk membuat rusuhan. Kalau semua ini berterusan, seluruh Persatuan Kpoppers Malaysia akan mengambil tindakan. LoL...macam-macam perangai la manusia ni.



2 comments:

  1. rasa nye kalau parti pembangkang tak buat masalah dan tak buat perhimpunan yg disertai mereka y berfikiran cetek tu,mesti konsert tu akan berlangsung dgn baik.sekarang ngara luar mesti fikir yg malaysia dah tak aman mcm dlu :)

    ReplyDelete
  2. jom join anda kena tag haha :D

    http://dingraphic.blogspot.com/2013/05/simple-giveaway-bintang-mencari-cinta.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq