Like This ??

Tuesday, February 14, 2012

Bobbi Kristina Dikhuatiri Bunuh Diri

Assalamualaikum readerz,
Bobbi Kristina, 18, anak perempuan kepada penyanyi pop lagenda Whitney Houston, baru sahaja dimasukkan ke pusat pemulihan. Selepas terkejut mendengar berita kematian ibunya, Bobbi Kristina dikhuatiri akan cuba untuk membunuh diri. Hal ini kerana Kristina kini dalam keadaan yang tidak terkawal.


“Kami dimaklumkan dia dalam keadaan histeria, kepenatan dan gagal dipujuk,” kata laman web TMZ. Sumber rapat penyanyi itu memberitahu TMZ, keluarganya percaya anak perempuan Whitney itu mungkin cuba membunuh diri.


Bobbi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan menjerit ke arah anggota polis pada malam kematian ibunya 11 Februari lalu selepas dilarang melihat mayat ibunya.


Bobbi Kristina dikatakan terlalu sedih selepas kematian ibunya dan menyatakan bahawa dia tidak mahu hidup lagi.


Anak perempuan mendiang penyanyi pop terkenal itu dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Cedars-Sinai di sini tengah hari semalam dan Hollywoodlife.com mendapat tahu dia dibawa ke sebuah lokasi rahsia oleh bapanya, Bobby Brown dan beberapa ahli keluarganya.

Sumber memberitahu Hollywoodlife.com bahawa Bobbie Kristina menunjukkan tanda-tanda ‘dilanda tekanan jiwa yang teruk’ dan dia ‘secara fizikalnya terlalu murung.’

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry dari PingJe!

Entry dari Apesal.com

Copyright© 2013.Blog_Blackstar_Hazreeq.By Muhd Dzulhazreeq